Rahasia Iblis Terungkap..... (Dialog Rasulullah dengan Iblis) -Part 1-

Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya. semua yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmahnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat pun menemui Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahwasanya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memerintahkan kamu menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Supaya kamu buka segala rahsia kamu dan apa-apa yang ditanyakan oleh Rasulullah supaya kamu menjawab dengan sebenar-benarnya. Jika kamu berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang sangat keras".     Dengan mendengarnya saaja ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah musuh Allah! Kepada aku kamu menunjuk baikmu? Jangan kamu coba menipuipu aku sebagimana kamu tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil karena hasutan kamu, Nabi Ayub kamu tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana kamu menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan kamu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah ‘Azza wajalla, cuma salam kamu saja aku tidak akan menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik kamulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa keingin kamu datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat mrngrnali hamba. Kedatangan hamba adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan Tanya, hamba bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, hamba tidak berani menyembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta sepatah kata pun niscaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh Pertanyaan sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada Pertanyaan umatku.

Pertanyaan Nabi (1)
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh kamu dan bagaimana aku terhadap kamu?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun bergetar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat menyerupai diri hamba seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan saja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan I’tikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana Tuan berusaha memberi nasihat dan pelajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik Pertanyaan umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Pertanyaan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda semua manusia supaya meninggalkan shalat fardlu, terbuai denagn makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda seperti emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki dan perempuan. Di situ hamba menggoda dengan sejadi-jadinya godaan supaya hilang kesadaran dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu ingin bertobat atau amal ibadat, hamba akan halangi mereka supaya mereka menundanya. Tambah keras hamba goda supaya bertambah maksiat dan mengambil isteri orang. Bila hatinya tergoda, datanglaah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Juka pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Pertanyaan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa kamu bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan kamu? Siapa yang melanjutkan usia kamu? Siapa yang menerangkan mata kamu? Siapa yang memberi pendengaran kamu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan kamu?"
Jawab Iblis - "Semua itu adalah anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi ssangat jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua atas semua Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadah bersama semua Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. ingin menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu diperintahkan semua Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kapada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan bodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah Semua bidadari. Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya bisa juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka dapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.    Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia melakukan ibadah serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain dari apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi karena tuan lahir  ke dunia ini, maka hamba dilarang oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba bersikeras juga ingin naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Pertanyaan Nabi ke 4
"Hai Iblis! Apakah yang pertama kali kamu tipu dari manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikad imannya kepada kafir begitu juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauan jalan hamba"

Pertanyaan Nabi ke 5
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana keadaan kamu?"
Jawab Iblis "Sebesar-besar kesusahan hamba, gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda satu manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, lupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa ingin cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang berbicara serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa ingin cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit