BUKTI... Kecerdasan Imam Bukhari..


Syeikh Hasyid bin Ismail menceritakan, “Imam Bukhari berbeda dengan kami dan ulama Basrah yang lainnya. Ketika belajar, beliau adalah seorang anak yang tidak mau menulis setiap sesuatu (hadis) yang didengarinya sampai berhari-hari. Sedangkan kami sibuk menghimpun dan mengumpulkan catatan-catatan kecil. Selepas 16 hari kemudian, beliau berkata "kamu semua lebih banyak menulis dan mengumpulkan hadis dariku. Maka tunjukkanlah kepadaku apa-apa yang telah kamu tulis.”

Syeikh Hasyid dan teman-teman yang lain mengeluarkan catatan masing-masing yang tidak kurang terdiri dari 15 ribu hadis. Setelah dikaluarkan, Imam Bukhari mengucapkan kesemua hadis itu dengan baik dan betul tanpa melihat catatan tersebut. Sambil beliau membaca, teman-temannya menyesuaikan dengan catatan masing-masing, ternyata apa yang diucapkan oleh Imam Bukhari adalah tepat. Sungguh mengkagumkan kehebatan yang dimiliki olehnya tak sebanding dengan anak-anak yang sebaya dengannya.

Kisah kehebatan Imam Bukhari dalam ilmu hadis mulai tersebar luas. Ini menyebabkan sekumpulan ulama hadis di kota Baghdad yang tidak begitu yakin dengannya, ingin menguji beliau. Setelah bermusyawarah, mereka mendapat cara bagaimana untuk mengemukakan soal-soal yang susah dijawab oleh Imam Bukhari.

Mereka telah memilih seratus hadis yang telah diputarbalikkan sanad dan matannya. Seratus hadis tersebut dibahagi menjadi 10 bahagian, dan setiap bahagian diserahkan kepada seorang ulama’ untuk membuat soal yang akan diberikan kepada Imam Bukhari.

Ketika Imam Bukhari menghadiri majlis itu, 10 orang ‘ulama yang ingin mengujinya telah hadir. ‘Ulama pertama lalu membacakan hadis yang pertama sampai kesepuluh dengan sanad dan matan yang salah sebagaimana yang telah dirancang. Dia pun bertanya, “Bagaimana menurut Tuan mengenai hadis itu?”

“Saya tidak tahu,” jawab Imam Bukhari.

‘Ulama yang bertanya dan para hadirin mulai tersenyum bila mendengar jawaban Imam Bukhari. Kemudian ulama kedua juga membaca sepuluh hadis yang juga telah diputarbelitkan. Dia bertanya, “Bagaimana menurut tuan hadis tersebut?”

“Saya tidak tahu, jawab Imam Bukhari. 

Kemudian ulama yang ketiga sampai yang kesepuluh membaca soal-soal hingga selesai seratus hadis. Imam Bukhari hanya menjawab, “Saya tidak tahu.”

Para hadirin yang ada tersenyum-senyum kerana menyangka Imam Bukhari tidak dapat menjawabnya. Namun diantara mereka ada yang cerdik dan tajam hafalannya memberitahu temannya dengan berbisik, “Sebenarnya beliau telah faham.”

Rupa-rupanya jawapan ‘saya tidak tahu’ bermakna beliau tidak mengetahui wujudnya hadis seperti dalam soal.

Kemudian Imam Bukhari pun bangun dan memandang kepada ulama’ pertama lalu berkata, “Hadis pertama yang tuan bacakan adalah salah. Sedangkan yang betul adalah begini…” Imam Bukhari pun membacakan hadis yang betul.

“Hadis yang kedua juga salah, sedangkan yang betul adalah begini….” sehinggalah selesai membetulkan sepuluh hadis bagi soal-soal dari ulama pertama.

Setelah itu Imam Bukhari memandang ulama kedua dan membetulkan hadits-hadits yang diajukannya. Begitulah seterusnya beliau membetulkan kesemua hadis yang telah dibacakan oleh para ulama tersebut. Beliau membaca hadis-hadis tersebut menurut urutan nombor ketika ditanya. 

Ketepatan Imam Bukhari menjawab, menyebabkan para ulama tersebut akhirnya mengakui kehebatan beliau. Beberapa orang ulama hadis mengatakan, “Tidak lah susah bagi Imam Bukhari untuk mengembalikan kesemua hadis itu pada tempatnya kerana beliau memang seorang Al hafiz (penghafal hadis). Namun yang Lebih Mengagumkan ialah kemampuan beliau dapat menghafal setiap kesalahan secara tertib urutannya, sedangkan setiap soal-soal itu hanya sekali ditanya. Malah beliau tidak kelihatan pun memegang alat tulis untuk mencatat setiap soalan dan urutan hadis tersebut.
Kitab hadis yang disusun oleh Imam Bukhari itu ialah kitab Jami’us Sahih yang lebih dikenali dengan nama Shahih Bukhari. Beliau menghabiskan waktu yang lama untuk menuntut ilmu iaitu selama 16 tahun, setelah menempuhi berbagai penderitaan. Beliau telah mengarungi hutan dan padang pasir, berjalan di atas batu-batu jalan dan rumput berduri. Jika beliau mendengar ada ulama yang mengetahui sesuatu hadis, beliau akan berusaha segera datang kepadanya untuk mengesahkan hadis tersebut.

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit