Rahasia Iblis Terungkap..... (Part 2)

"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, seperti apa yang kamu rasakan?"
Jawab Iblis "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka hamda merasa terbakar tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari darinya."

Pertanyaan Nabi ke 7
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apa yang kamu rasakan?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Pertanyaan Nabi ke 8
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaan kamu?"
Jawab Iblis "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan Pertanyaan Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang sangat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dibebaskan setiap saatnya dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang sangat lembut ke dalam syurga. Pada hari pertama umat Tuan mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah Pertanyaan Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang sangat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah selesai umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat Tuan. Umat tuan sendiri telah merasakan ketenangan berpuasa seperti halnya mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut menyamai bulan biasa."

Pertanyaan Nabi ke 9
"Hai Iblis! Bagaimana semua sahabatku kepada kamu?"
Jawab Iblis "Semua sahabat tuan hamba juga adalah musuh besar hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata  "Semua sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat mendekatinya setelah dia berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang Pertanyaan isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambah lagi dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadis tuan. Saiyidina Umar bin Khattab juga, hamba tidak berani memandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah semua tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saiyidina Usman Al-Affan juga hamba tidak bisa mendekati, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana ketaatannya, banyak Malaikat datang lewat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saiyidina Ali Abi Talib pun sangat hamba takuti kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, namun sangat sopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadah serta beliau adalah hamba Allah pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada berhala. Dijuliku 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu dari tuan, hamba ngeri dan takut kepadanya.

Pertanyaan Nabi ke 10
"Bagaimana tipudaya kamu kepada umatku?"
Jawab Iblis "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlalu tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sangat senang kemudian masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan durhaka dan hamba bawa ke mana saja mengikuti keingin hamba. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak ingin menuntut ilmu, tak ada waktu beramal ibadat, tidak ingin mengeluarkan zakat, miskin ingin beribadah. Lalu hamba goda supaya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka melupakan untuk beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik ingin merebut harta dunia, banyak bicara sesama Muslim. Benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit