Air Mata Taubat Nabi Adam


Tahukah saudara? semenjak Nabi Adam dikeluarkan dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana rasa  malu yang sangat dahsyat kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi hingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
 

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "sungguh enak dan nikmat air ini." Nabi Adam mendengar kata-kata burung tersebut. Beliau kira burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan durhakanya kepada Allah. Ini membuat Nabi Adam semakin nangis menjadi-jadi.
 

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit